Tuesday, March 30, 2010

BALIK KAMPUNG...

Salam...
Lama tak menulis, musim demam dah berlalu, masalah pun dah berkurangan, hidup kena go on, kerja ai ok je, sejak dah confirm & naik gaji ni, ai dah rasa selesa sikit dengan suasana baru kat tempat kerja. Semoga rezeki ai di panjangkan Allah s.w.t. Amin.

Hujung minggu lepas ai balik Melaka, itupun tumpang adik ai, dia balik sebab nak settled saman JPJ dia kat mahkamah yang dah tertunggak RM600, hahahah....kalau saman polis biasanya dia boleh settled kat luar je, tapi ni saman JPJ, huhuhu...sadis sikit...kang ada yang tak dapat renew Road Tax kang. Minyak & tol biasanya kitorang tong-tong, hehehe...paham ke bahasa adik ai ni? Kesian kat dia nak bayau saman.

Mak ngan ayah ai sihat walafiat je, diorang sempat dok bekalkan ai special dari Melaka...

Pisang ni mak kata kena peram dulu

Mangga ni pun sama

Hahaha...ai jumpa benda ni masa diorang dok panjat pokok mangga....

Sarang burung yang dah ditinggalkan

Zoom sikit...

Ok, last sekali ai nak sajikan goreng pisang yang di sediakan oleh somebody yang cun, hehehe...kami sekeluarga tak berkesempatan nak singgah makan sagu kat rumah dia sebab terpaksa balik kampung gara-gara nak pi settled saman. Kalau ade umur panjang, next week kami lepak sinun ye...

Tara...

Saturday, March 20, 2010

KUNJUNGAN ESOK...

Salam...

Pejam celik je dah hari sabtu, esok dah hari ahad, ahad maknanye cuti...hehe..

Bila cakap pasal cuti, mesti kepala otak ai ni dah sesiap planning nak gi mana ek? Tapi esok ai tak dapat nak keluar merayap, salah satu sebab ialah isi rumah ai ni belum baik betul lagi demamnya, sebab kedua lak ada tetamu nak datang esok, weheheheh...

Penuh lah satu rumah ai esok riuh rendah macam kenduri, maklum le rumah ai kecik je, bila kaum kerabat ai datang, penuhlah satu rumah, duduklah korang kat mana-mana ceruk dapor, wakakakak...

Yang bestnye, mak ai pun ade di KL ni, huhu...cuti-cuti sakan tol orang tua tu, di tinggalnye ayah kat Melaka nun sensorang jaga rumah, mak pulak syok-syok jalan rumah anak-anak, heheheh....Gasak le korang...

KORANG TERLIUR TAK?

Tuesday, March 16, 2010

MALAMKU PENASARAN...

Salam...

Malam ni badan ai rasa amat letih, dengan kerja yang tak pernah surut, dengan otak ai yang serabut, pemikiran ai pun dah ting tong ni, masalah yang tak kunjung padam, tunggu wayar bumi nak tercabut je lagi ni. heheheh...

Kat rumah ni semua orang demam, dari yang kecik sampailah yang besar, sekarang ni musim orang jatuh sakit ke? Ai pun tak pasti, tinggal ai je yang belum terjangkit sama. Mohon Allah jauhkan segala penyakit dari ai buat masa ni, ai kena kuat, kena tabah, hati mau keras, baru dapat cari duit lebih.

Mata dah rasa ngantok, hajat hati kalau dapat bantal ni mau ai bongkang je tengah-tengah rumah, tapi tanggungjawab kena galas dulu, jap lagi ai nak angkut semua virus-virus demam ni pi klinik, buat medical check up, tengok ape ke hal nye dah dua hari demam tak kebah-kebah. Risau gak kalau-kalau melarat, kang lagi teruk lak.

Saturday, March 13, 2010

JANGAN KUBURKAN AI...

Salam...

Wahhh...dah lama ai tak menulis, rasa rindu pulak! Ai adalah teramat sebok sejak awal bulan January yang lalu, heheheh...masih ingat tak yang ai bertukar kerja? Gara-gara bos lama ai yang jaki terhadap ai? Heheh...lalu ai pun berhenti kerja dan membawa diri jauh ke hujung kota, wakakakk...ayat sadis...

Setelah ai memulakan kerjaya baru, maka ai dok menumpukan sepenuh tenaga dan usaha ai terhadap kerja baru ai, hasilnya??? Nak tau ker?? eheheh...ai telah selamat di komfemkan pada akhir bulan February lepas dannnnnnnnn naikkkkkk gaji, yeay yeay....

Oooppss...ai nak cakap pasal jangan kuburkan ai tu, ni hah pasal blog ai ni la, dah terlalu lama ai biarkan ia menyepi...ai memang tak cukup masa, nak tido pun tak cukup masa gara-gara kerja, keluar pagi balik malam, dah sampai umah lepas mamam & mandi, ai sambung lagi buat kerja sampai tengah malam. Kecapetan dehhh...ekekekek....

Tapi bak kata amy search...hasilnya memang berbaloi-baloi, heheheh...dalam masa dua bulan je ai telah dikomfemkan! Naik gaji lagi you...wewewewe...

Jap...jap...ai ada satu lagi gud news, tapi benda ni lom komfem lagi, so ai tak bercadang nak habaq mai, nanti kalau dah jadi, ai akan menulis lagi di diari buruk ni...

Sunday, February 14, 2010

GONG XI FA CAI

Salam...

Happy Chinese New Year untuk semua rakyat Malaysia yang berbangsa Cina, semoga tahun harimau ni membawa tuah, kekayaan dan "ONG" yang lebih untuk anda. Lama ai tak menulis, bukan kerana telah melupakan blog ni, tapi kerana kesuntukan masa dan kesibukan kerja ai, sampai nak tido malam pun tak senang wei...

So, kita dah maklum warga KL ni, kalau cuti panjang sikit, mesti ramai yang bawa family keluar dari kota ni kan? heheheh...tapi kali ni ai tak berkesempatan nak pi bercuti mahupun nak balik kampung, uwaaa....tensen tau.

Emmm...pape pun, ai tetap nak wish GONG XI FA CAI kat semua, yeayy....merah ada dimana-mana, takde sesapa ke nak bagi ai angpau ni weh? eheheh....

pokok bunga ni wajib ado kalau raya cino ni...

versi bunga kecik...

Sunday, February 7, 2010

HULURKAN BANTUAN...

Salam...

Pagi tadi masa ai blogwalking, ai ade terbaca kisah mengenai baby ammar dari blogger2 dan juga nuffnang, ai pun cari blog ibu ammar, kisah ini mengenai si cilik yang sangat tembam dan comel mengidap penyakit jantung. Sangat menyentuh hati dan perasaan ai sampai ai rasa nak menangis sama mengenangkan kesakitan si kecil itu.

Kerana ai juga mempunyai si kecil yang sebaya ammar, maka ai sangat-sangat merasakan derita dan kesakitan si anak kecil itu, apatah lagi hati ibu dan bapanya? Luruh hati ai...

Melihatkan ammar hanya mampu makan dan menyusu melalui tiub di perutnya, membuatkan ai terkelu lidah, bagaimanakah hati ibunya melihat anak secomel ammar ditebuk diperut?

Buat rakan-rakan blogger yang lain, hulurkan lah sumbangan untuk adik ammar yang comel ini, bantulah dia, mungkin duit RM10 yang kita hulurkan padanya akan menyelamatkan baby comel ini. Ibunya akan mengadakan jualan amal untuk mengumpul dana pada 07.02.2010 di Shah Alam. Sila lihat ke blog ibu ammar untuk maklumat lanjut. Pembedahan Ammar dijadualkan pada 22.02.2010, jom kita bantu dia!

Bantuan juga boleh disalurkan terus ke :-

Azmaniza Mohamad Kamal - 514093114912 (Maybank)

Tuesday, January 26, 2010

WHY I LIKE IT LONGER...

Salam...

Korang suka panjang? Atau pendek? hehehe...ai suka yang panjang. Panjang bermakna sesuatu benda atau barang yang saiznya lebih dari biasa, sehingga ianya menjadi sesuatu yang tampak unik di mata kita.

Ai ingin mempunyai jemari yang panjang, sebab ia kelihatan sungguh runcing, bila di rias pada kuku, nampak halus dan cantik sekali. Itulah sebabnya ai suka dengan keunikan panjang.

Korang idamkan bulu mata yang panjang? Ai sangat teruja mempunyai bulu mata yang panjang dan melentik, ai tak perlu beli mascara mahupun memakai bulu mata palsu, kerana bulu mata ai dah cukup panjang dan nampak hebat tanpa bantuan mascara! Itulah keistimewaan panjang, ai dapat berjimat. Yeay!

Mempunyai rambut yang panjang dan sihat memang menjadi idaman setiap wanita, tak terkecuali juga dengan ai. Ai menginginkan rambut yang panjang mengurai seperti Tok Ti, beliau nampak anggun bergaya dengan rambut yang panjang dan bersinar. Imej beliau yang sentiasa menutup aurat dengan berbaju sopan dan berlengan panjang sangat disegani ramai. Perlukah ai menjelaskan lagi bagaimana sukanya ai terhadap sesuatu benda yang panjang dan unik?

Dinasti Ming (1368-1644) telah membina tembok besar cina sepanjang 8.850 kilometer. Lihatlah dunia, orang zaman dahulu kala yang kekurangan peralatan mampu membina sesuatu yang sangat unik sehingga mencipta sejarah menjadi salah satu daripada tujuh keajaiban dunia. Maka, tidak dapat ai nafikan lagi, sesungguhnya ai amat mengagumi sesuatu objek yang bersifat panjang.

Korang suka makan cokelat tak? Ai sangat mencintai kelazatan cokelat, terasa seperti disyurga bila ai dapat menikmati kepekatan dan keharuman cokelat. Apatah lagi kiranya coklat itu berunsur panjang dan memikat hati. Sehinggakan cokelat direka bentuk secara memanjang seperti keyboard! Wow! Cokelat yang panjang itu sungguh comel!

Ai mengimpikan sesuatu yang panjang dan anggun bila di bawa kemana-mana. Sungguh tak mampu ai jelaskan dengan kata-kata akan betapa sukanya ai terhadap telefon bimbit keluaran LG, LG chocolate series (BL40) yang terbaru. Dengan kecanggihan 5.0 megapixel kamera, mempunyai screen yang selebar 4 inci, menjadikan ia telefon yang paling panjang dan unik, sesuai untuk ai menonton filem menggunakan LG chocolate BL40 kerana ia dilengkapi dengan grafik 3D.

Wow! LG chocolate series (BL40) sungguh membuatkan ai teruja untuk memilikinya! Dengan ciri-ciri yang istimewa, tak siapa mampu menolak akan kehadirannya. Kerana itulah ai sangat menyukai sesuatu yang bersifat panjang!

Gambar dikreditkan pada google & nuffnang.